Melalui laporan Harian Metro baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan kenyataan daripada Caprice dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
BACA: Live Dengan Caprice, Adakah Influencer Israel Ini Alat Agenda IDF?
Bagaimanapun menerui laman Instagram Caprice, dia berkongsikan rutinnya selain menjelaska dia sering berada di kedutaan Malaysia.
Selain itu, Caprice menjelaskan dia berasa hairan apabila polis gagal menghubunginya sedangkan setiap hari dia menerima pelbagai mesej di Whatsapp.
Tambahnya di dalam satu muatnaik IG Stories, dia meminta agar pihak berkuasa mencari Sajat terlebih dahulu sebelum mencarinya.
Untuk rekod, sejak Jun lalu, pihak polis masih lagi mencari Sajat berikutan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Dalam laporan Utusan Online itu juga, ada dakwaan menyatakan Sajat telah lari dan bersembunyi di Thailand.
Caprice dalam satu muatnaik yang lain turut menyatakan kerisauannya untuk pulang ke Malaysia berikutan perkara tersebut.
Apa pun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan pastinya peminat Caprice tertunggu-tunggu kepulangan penyanyi tersebut.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Harian Metro / Utusan Online