Kebajikan Rakyat Terjaga, Warga Indonesia Puji Cara Malaysia Tangani COVID-19

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu, ramai yang terjejas kerana tidak boleh keluar bekerja seperti biasa untuk mencari pendapatan bagi menampung pendapatan harian keluarga.

Bagaimanapun, pelbagai bentuk inisiatif diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat yang terjejas teruk dengan memberikan bantuan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Tindakan kerajaan Malaysia itu mendapat pujian warga Indonesia, malah berharap agar ianya dapat menjadi contoh kepada pemerintah negara mereka juga.

Hangat diperkatakan mengenai satu video YouTube yang disiarkan seorang YouTuber Indonesia ‘Macan Idealis’ bertajuk ‘Mengejutkan! Beginilah Kondisi Terkini di Malaysia’ yang telah ditonton lebih 500,000 setakat ini

Difahamkan video berkenaan membincangkan situasi terkini PKP dan juga tindakan kerajaan Malaysia dalam membantu meringankan beban rakyat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet daripada memuji tindakan Malaysia dan menyatakan kekaguman dan rasa bersyukur dengan apa yang sedang dilaksanakan kerajaan Malaysia.

Kebanyakan mereka kagum dengan pelbagai bantuan kewangan dan inisiatif lain diberikan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan PKP ini. Malah, ramai warga Indonesia yang berada di Malaysia turut memuji kerajaan kita.

Sejak 16 Mac, Indonesia juga melaksanakan perintah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) secara berperingkat-peringkat dalam menangani penularan COVID-19.

Leave a Reply