Kerana Gaji RM2.9 Juta Seminggu, Juventus Mahu Jual Christiano Ronaldo

Bila sudah bergelar bintang bola sepak dunia, mana mungkin gaji cukup-cukup makan saja bukan? Memetik laporan Harian Metro baru-baru ini, Manchester United dilaporkan sedang mengadakan perbincangan untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo selepas Juventus dikatakan mahu menjual pemain tersebut.

BACA: Cristiano Ronaldo Bilionair Pertama Bola Sepak Tapi…

Untuk pengetahuan anda, niat Juventus untuk melepaskan Ronaldo tidak lain adalah demi survival kelab lagi-lagi di musim pandemik ini dan jika anda ingin tahu lagi, gaji seminggu Ronaldo – seminggu ya, bukan sebulan ialah RM2.9 juta.

Nah itu dia, dek kerana beban tersebut kelab Juventus kini dalam perbincangan bersama Ronaldo malah pemain itu juga kini sedang mempertimbangkan tawaran itu.

Gaji yang diperolehi Ronaldo itu empat kali lebih banyak berbanding pemain kedua menerima gaji tertinggi di Juventus iaitu, Matthijs de Ligt.