Bapa bukan sahaja menjadi ketua keluarga dalam masa yang sama mereka merupakan pelindung kepada anak-anak. Namun, bapa ini sememangnya layak digelar binatang apabila sanggup membunuh dua anaknya sendiri kerana mahu memenuhi permintaan kekasihnya.
Kisah tragis berlaku di Chongqing, China itu menjadi bualan ramai serta mengundang kemarahan netizen seluruh dunia. Mana tidaknya, lelaki tersebut bernama Zhang Bo sanggup mencampak dua anaknya keluar dari tingkap rumahnya setinggi 15 tingkat.
Lebih menyedihkan kedua mangsa Zhang Ruixue, 2, dan adiknya, Zhang Yangrui berusia setahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Memetik laporan Dailymail.co.uk, sebelum kejadian itu berlaku lelaki berusia 27 tahun itu sedang membuat panggilan video bersama kekasihnya, Ye Chengchen.
Sepanjang perbualan itu, kekasihnya berusia 21 tahun mengugut untuk membunuh diri jika Zhang tidak mahu membunuh anaknya.
Wanita itu mengugut kekasihnya berbuat demikian kerana keluarganya tidak mahu menerima lelkai berkenaan kerana sudah memiliki anak.
Ketika panggilan video itu juga, wanita tersebut mengelar tangannya kerana kecewa tidak dapat memulakan hidup baru dengan kekasihnya.
Dek kerana tertekan dengan tindakan kekasihnya itu, Zhang tanpa berfikir panjang mencampak kedua anaknya keluar tingkap.
Tidak hanya berhenti setakat itu, lelaki itu tanpa rasa bersalah berlari turun ke bawah lobi sambil berpura-pura menangis bagi menutup perbuatan jenayahnya.
Zhang dilihat orang ramai sedang menghentakkan kepalanya pada dinding dan menangis seperti orang gila. Lelaki itu juga mendakwa anaknya terjatuh dari tingkap dan ketika kejadian itu berlaku dia sedang tidur.
Bagaimanapun, penipuan Zhang berjaya dihidu bekas isterinya, Chen Meilin yang membongkarkan perbuatan jahat lelaki itu.
Chen Meilin memberitahu media tempatan bahawa kekasih bekas suaminya tidak mahu mempunyai anak tiri.
Difahamkan selepas pasangan itu bercerai disebabkan orang ketiga, hak penjagaan anak perempuan diberikan kepada bekas isterinya manakala yang bongsu pula djaga oleh suspek hingga berusia 6 tahun.
Kata Chen lagi, dia tidak menyangka permintaan bekas suaminya yang mahu menjaga anak perempuan mereka pada hari kejadian rupa-rupanya menjadi hari terakhir buatnya.
Laporan media memberitahu, suspek dikatakan sudah mengaku bersalah kerana merancang pembunuhan anaknya bersama kekasihnya.
Pada 28 Disember lalu, Zhang dan kekasihnya dihukum mati kerana membunuh kedua kanak-kanak malang itu.
SUMBER: MSN