KKM Dedah Stok Bekalan PPE Hanya Mampu Bertahan 2 Minggu Sahaja Lagi

Umum mengetahui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP telah dilanjutkan dua minggu lagi bermula esok sehingga 28 April ini. Susulan serangan wabak COVID-19, penggunaan Pakaian Pelindung Diri (PPE) telah meninggal secara mendadak dua hingga 10 kali ganda.

Susulan peningkatan penggunaan PPE, Ketua Pengara Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa bekalan PPE hanya mampu menampung kegunaan pasukan petugas hadapan di untuk tempoh dua minggu sahaja lagi.

Menurut Dr Noor Hisham, pihaknya perlu mendapat bekalan berterusan bagi memastikan pasukan petugas hadapan dapat meneruskan tugas mereka dalam menangani penyebaran wabak Covid-19 daripada terus meningkat.

Ujarnya lagi, ia berlainan dengan alat bantuan pernafasan kerana PPE perlu diganti setiap hari dan hanya terhad untuk sekali penggunaan sahaja.

Beberapa hari lalu, KKM tidak menghadapi kekurangan bekalan penutup mulut dan hidung serta PPE. Tetapi masalah dihadapi KKM adalah berkaitan penghantaran ke fasiliti KKM di seluruh negara namun ia dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Sebelum ini KKM telah menerima sumbangan PPE dari pelbagai pihak dan agensi dilaporkan antaranya pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill, isteri pelawak, Atu Zero, Shafeeqa Johari yang telah menjahit sendiri pakaian tersebut.

Malah, Briged Penjahit Covid-19 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut menghasilkan 70 sut peralatan PPE sehari.

SUMBER: Malaysia Gazette

Leave a Reply