Gelombang kedua wabak Covid-19 semakin membimbangkan apabila kes positif wabak tersebut semakin meningkat. Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes pertama positif Covid-19 jangkitan kes “Sporadic”.
Kes Sporadic bermaksud individu positif Covid-19 itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negera yang mempunyai wabak dan tidak mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif virus tersebut.
Menerusi kenyataan itu, KKM memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha untuk mengenalpasti punca bagaimana pesakit tersebut mendapat jangkitan virus berkenaan.
Sehingga pagi tadi, KKM melaporkan Malaysia masih mencatatkan 149 kes positif dan lokasi utama di China hanya mencatatkan kes seramai 15 orang sahaja.
#COVID-19 Statistik terbaru WHO dikemaskini 11am, 12 Mac 2020.
China hanya rekod 15 kes positif pada Rabu termasuk 6 kes import.
Wabak di Eropah semakin serius dan kematian terus meningkat di Itali, Perancis dan Sepanyol.
AS umum sekatan perjalanan ke Eropah kecuali UK. pic.twitter.com/hE1j0OBz5E
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 12, 2020
SUMBER: KKM
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂