Kongsi Video Sebelum Dan Selepas Edit, Video Anak Kelantan Ini Gegarkan Industri CGI Negara?

Sebut sahaja nama Sofyank, pasti semua mengenali anak muda yang digelar Zach King Malaysia ini. Apa yang pasti ramai mengagumi video suntingan Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian.

Malah, Sofyank juga berjaya menarik perhatian idolanya iaitu Zach King serta berpeluang berkolaborasi bersama pelakon terkenal Hollywood, Will Smith.

Bar-baru ini, Sofyank ada berkongsikan teaser projek Free Fire Live Action yang dilakukannya. Anak kelahiran Kelantan itu menyifatkan ianya projek paling susah namun menyeronokkan.

Menurut Sofyank, penggambaran mengambil masa 3 hari dan proses suntingan mengambil masa 1 bulan 15 hari.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi hasil kerja anak muda itu. Malah ada yang mengatakan Sofyank mungkin akan menjadi peneraju atau pelapis dalam industri CGI filem negara.

Tidak kurang juga ada yang mengharapkan Sofyank akan membuat filem pula selepas ini dan mungkin akan jadi filem antarabangsa daripada Malaysia.