Kononnya Sangat Terancam, Rakaman CCTV Oleh Penggodam Malaysia Dedah Kehidupan Sebenar Rakyat Israel

Umum mengetahui sejak seminggu lalu sekumpulan hacker Malaysia terdiri daripada Dragon Force Malaysia, AnonGhost, RilexCrew dan beberapa lagi pasukan bersatu tenaga menggodam sistem pangkalan data Israel.

Selepas mengumumkan kejayaan mereka menggodam beberapa laman web Israel, terbaru Dragon Force Malaysia berjaya menggodam 5,000 sistem rakaman kamera litar tertutup CCTV yang dipasang di beberapa kediaman milik warga Israel.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi mereka, turut di muat naik beberapa gambar hasil daripada tangkapan CCTV memaparkan rakyat Israel sedang duduk santai di sofa sambil menonton televisyen.

Mereka dilihat yang hanya santai sahaja seperti tiada apa yang berlaku sedangkan mereka yang menuduh Hamas dan Palestin membedil negara mereka dengan serangan bom bertubi-tubi.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan rakyat Israel yang boleh duduk bersenang lenang sedangkan rakyat Palestin menderita.

Malah, ramai memuji kejayaan tindakan berani kumpulan hacker tersebut sebagai tanda solidariti serta sokongan terhadap warga Palestin.

SUMBER: Facebook DragonForce Malaysia