KPM Umum UPSR Dan PT3 Tahun 2020 Dibatalkan

Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari ini mengumumkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini susulan penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Radzi Jidin dalam satu sidang media khas sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata pembatalan kedua-dua peperiksaan itu tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid bagi kedua-kedua peringkat.

Jelasnya, memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama, KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan itu yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah.

“Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

Bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula ianya akan ditunda ke suku pertama sesi persekolahan pada 2021.

Untuk peperiksaan semester pelajar yang menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, pihak kementerian akan mengubah tarikh peperiksaan semester kedua ke Ogos 2020 dan semester ketiga pula akan diadakan pada suku pertama persekolahan 2021.

SUMBER: Harian Metro

Leave a Reply