Larangan Keluar Antara Negeri Berkuat Kuasa 12 Malam Ini

0
8346

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula Rabu ini sehingga 31 Mac, ramai rakyat yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung.

Bagaimanapun, pakar kesihatan menggesa orang ramai agar tidak pulang ke kampung dan kekal di tempat anda berada.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador sebentar tadi mengumumkan Larangan Keluar Antara Negeri akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini.

Bagaimanapun, orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan perjalanan merentas negeri perlu memaklumkan kepada pihak polis.

Mereka yang mahu melakukan perjalanan antara negeri perlu mengisi borang khas serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan.

Borang khas berkenaan boleh didapati di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan.

“Ia hanya untuk mereka yang mempunyai urusan penting atau kecemasan sahaja,” katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana individu atau premis yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikenakan tindakan.