Lihat Lelaki Ini Bedung Bayi Baru Lahir Macam Nak Gulung Kulit Popia

0
7711

Kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang mencabar lebih-lebih lagi apabila sudah ada cahaya mata. Kerjasama antara pasangan sangat penting supaya pasangan sentiasa selari dalam setiap perkara.

BACA: Gara-Gara Minta Gambar Tasik Dari Doktor Amalina, Nasib Suami Ini Menjadi Persoalan Netizen

Tapi kebiasaannyalah kan, tugas-tugas merapikan anak ini pastinya akan lebih diusahakan oleh pihak isteri. Jika ada suami tolong pun, mungkin ketika masa-masa kecederaan atau ketika isteri sedang sakit.

Begitulah terjadi dalam satu perkongsian video pendek di Twitter. Seorang lelaki dilihat sedang berusaha membedung anaknya yang baru lahir.

Tingkah lakunya sungguh berhati-hati sehinggalah…. Anda tengok sendirilah video di bawah ini. Saat paling mendebarkan adalah bila dia nak gulingkan anaknya demi mendapatkan bedungan yang sempurna, berdekah tengok!

Pengalaman sebegini pastinya menjadi ingatan buat pasangan suami isteri. Bagi isteri di luar sana, adakah suami anda selalu bantu anda menguruskan anak?