Mahkamah Eropah: Majikan Boleh Pecat Pekerja Yang Berhijab

Mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) telah mengeluarkan keputusan membenarkan majikan melarang melarang sebarang simbol kepercayaan agama atau politik yang kelihatan seperti tudung.

Jika ingkar dengan larangan tersebut, majikan mempunyai hak untuk memecat pekerja berkenaan. Keputusan itu diputuskan mahkamah susulan dua kes wanita Jerman yang diberhentikan kerja kerana memakai hijab.

Difahamkan, dua wanita Muslim yang bekerja di pusat jagaan kanak-kanak itu pada awalnya tidak memakai tudung namun selepas setahun mereka mula bertudung selepas bercuti.

Kedua wanita berkenaan sudah dimaklumkan bahawa tidak dibenarkan memakai tudung atau akan digantung kerja, namun mereka mempertahankan tindakan mereka bahawa hijab adalah sebahagian daripada agama mereka.

Kes kemudian di bawa ke mahkamah tinggi dan keputusan berpihak kepada majikan dimana kedua wanita itu boleh dipecat jika membawa simbol agama ke tempat kerja.

SUMBER: Al-Jazeera