Tidak dinafikan di dalam kehidupan berumahtangga kadang-kala ada perkara yang membuatkan suami dan isteri tidak bersetuju namun apa yang terjadi di Mesir ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima logiknya.
BACA: Doktor Tarik Kuat Sangat, Kepala Bayi Terputus Ketika Prosedur Kelahiran
Gara-gara perselisihan faham, ibu bapa kepada seorang bayi berusia 4 bulan meninggalkan anak mereka keseorangan di rumah.
Menurut laporan Gulf News, bapa bayi berkenaan mendakwa dia tiada di rumah selama beberapa hari di atas alasan bekerja. Bapa bayi itu juga turut menyalahkan isterinya kerana cuai sehingga menyebabkan kematian.
Siasatan polis mendapati pasangan berkenaan berbalah besar dan berikutan perkara tersebut, ibu kepada bayi 4 bulan itu bertindak lari ke rumah keluarganya.
Pasangan itu kini telah ditangkap dan ditahan sementara siasatan selesai dijalankan. Tindakan tidak masuk akal mereka ini mendapat kritikan dan hentaman hebat daripada rakyat mereka.
Beringatlah wahai ibu bapa, walau berbalah macam mana sekali pun, jangan jadikan anak sebagai mangsa.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Gulf News