Makcik Kantoi Mencuri Sumbat Bertin-Tin Sardin, Botol Sabun Mandi Dalam Seluar

Ramai mereka diluar sana berdepan kesempitan hidup dan masalah kawangan, namun tidak bermakna mereka perlu mencuri untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ramai sahaja yang masih membanting tulang demi mencari sesuap nasi.

Seperti yang tular baru-baru ini, video seorang makcik yang sudah agak berusia ditangkap selepas kantoi menyeludup barangan di pasar raya dengan memasukannya di dalam pakaian.

Perbuatan makcik itu dikesan oleh pekerja di pasar raya itu sebelum dia dan cucunya keluar daripada situ. Lebih menyedihkan, perkara itu turut dilakukan oleh cucunya. Difahamkan, barangan yang dicuri dianggarkan berjumlah RM300.

https://twitter.com/dylawok/status/1229289392688099328?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1229289392688099328&ref_url=https%3A%2F%2Famazingnara.com%2Fvideo-mak-cik-dan-cucu-kantoi-sumbat-tin-tin-sardin-dan-berbotol-botol-sabun-mandi-dalam-seluar-untuk-dicuri%2F

Lebih mengejutkan, banyak barangan yang disumbat di dalam seluar dan beg tangan yang dibawa. Paling tidak masuk akal, berpuluh-puluh botol sabun mandi dan bertin-tin sardin di keluarkan dari pakaian mereka.

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan makcik itu. Malah ramai yang mempersoalkan, jika mencuri satu dua barang itu mungkin kerana terdesak, tetapi jika mencuri banyak seperti itu seolah mereka mahu menjual balik barang tersebut.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan pernah membeli barang daripada makcik berkenaan dan harga barang yang ditawarkan sangat murah. Malah, makcik itu juga mengatakan dia mempunyai kedainya sendiri.

Dalam pada itu ramai yang berpendapat mungkin mereka terpaksa mencuri untuk meneruskan kehidupan kerana sukar untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkenaan.

Tapi terdesak macam-mana pun rasanya tidak perlu sampai mencuri kerana ianya salah disisi agama dan undang-undang.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply