Sebut sahaja Malaysia King umum mengetahui ia merujuk kepada Agong. Namun, kisah tular di Amerika Syarikat ini pasti membuatkan ramai terkejut.
Baru-baru ini, tular video dimana seorang pemandu Uber daripada San Francinco didakwa diserang oleh tiga wanita hanya kerana meminta penumpang itu memakai pelitup muka.
Bukan hanya enggan berbuat demikian, ketiga wanita berkenaan melemparkan kata-kata kesat, merampas telefonnya serta bertindak batuk ke arahnya.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat ketiga wanita itu meluahkan rasa marah terhadap pemandu Uber berkenaan dengan kata-kata kesat serta mengancam untuk menembak pemandu itu.
Namun disebalik tindakan biadap wanita-wanita berkenaan, apa yang menjadi perhatian adalah sumber daripada penguatkuasa undang-undang mengenal pasti dua suspek dimana salah seorang bernama Malaysia King (wanita berbaju merah).
Ya, anda tak salah baca, nama wanita tersebut adalah Malaysia King. Manakala wanita yang duduk di belakang pemandu Uber berkenaan bernama Arna Kimiai.
Nama wanita itu menjadi bualan hangat di laman Twitter dan tidak menyangka ia merupakan nama sebenar wanita itu.
Seorang netizen mengatakan nama tersebut tidak pelik dan biasa didengar dikalangan Afrika Amerika.
Dalam perkembangan terbaru, pegawai polis Las Vegas sudah pun menahan Malaysia King, 24 tahun yang terlibat dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, Arna Kimiai, 24 tahun masih belum ditangkap namun peguamnya memberitahu dia akan menyerah diri.
SUMBER: World of Buzz