‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ Jadi Bahan Hiburan Netizen Ketika PKP

Sejak PKP dilaksanakan, boleh dikatakan ramai yang mencuba pelbagai resepi viral di media sosial. Malah, pasti ramai yang singgah ke grup Masak Apa Hari Ini untuk mendapatkan resepi terbaru dan tips masakan setiap hari.

Baguslah jika ada hobi baru sepanjang PKP ini, tetapi apa yang mencuit hati adalah apabila masakan yang dibuat itu tidak menjadi dan mula dikongsikan di laman sosial.

Mungkin terlalu ramai yang baru cuba belajar memasak sehingga banyak masakan tidak menjadi, satu grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’? mula tular sejak beberapa hari lalu. Grup tersebut mengumpulkan masakan tidak menjadi yang dikongsikan oleh netizen.

Baru sahaja ditubuhkan pada 14 April lalu, grup tersebut kita sudah berjaya mengumpul 1 juta ahli dalam masa seminggu.

Berikut merupakan koleksi gambar ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ yang dikongsikan oleh netizen.

Leave a Reply