Mat Saleh Jual Nasi Lemak RM3 Di TTDI, Habis Licin Dalam Masa 2 Jam

Sebut saja nasi lemak sememangnya hidangan ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Lagi sedap kalau dapat nikmati nasi lemak bersama teh tarik, memang terangkat di buatnya.

Bukan itu sahaja, seorang YouTuber dari Greece juga sanggup terbang ke Malaysia semata-mata untuk menikmati nasi lemak kita. Namun, apa yang viral kisah kali ini adalah seorang lelaki mat saleh menjual nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail Park (TTDI).

Memang rare habis bila mat saleh yang jual nasi lemak. Lebih mengejutkan, nasi lemak yang dijual oleh Michael White dengan harga RM3 itu habis dijual dalam masa dua jam sahaja.

Menurut Michael, ideanya untuk menjual nasi lemak untuk mengisi masa lapang sementara menunggu restorannya siap diubah suai.

Menerusi satu temubual, Michael memberitahu dia mula menjual nasi lemak seawal jam 7 pagi dan jam 9 pagi semuanya sudah habis dijual. Michael turut berkongsikan bahan rahsia untuk menjadikan sambal nasi lemaknya sedap dan unik.

Pasti ramai yang teruja untuk mencuba nasi lemak air tangan ‘mat saleh ini. Jika anda ingin mencubanya, pastikan anda datang seawal mungkin.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply