MBSA Robohkan Khemah Milik Jakel Didakwa Didirikan Secara Haram

Umum mengetahui setiap kali bulan Ramadan, pusat komersial seksyen 7, Shah Alam pasti akan sesak dengan orang ramai yang sibuk untuk membuat persedian menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Boleh dikatakan Jakel antara butik menjadi pilihan ramai untuk membeli pakaian. Belum lagi reda dengan kontroversi apabila anak pemilik perniagaan Jakel didakwa menghina orang Melayu, nampaknya timbul lagi isu melibatkan gedung tekstil itu.

Terbaru, sebentar tadi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memuat naik beberapa keping gambar merobohkan khemah milik Jakel yang terletak di Seksyen 7 itu.

Menerusi perkongsian di Facebook MBSA itu, khemah itu dipercayai didirikan tanpa kebenaran, malah didapati menggunakan bekalan elektrik daripada Pencawang Elektrik TNB berdekatan tanpa kebenaran daripada pihak TNB yang boleh mengundang bahaya.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada pihak Jakel berhubung perobohan khemah berkenaan.

Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan tindakan MBSA itu. Dalam pada itu, ramai yang mempersoalkan mengapa baru sekarang tindakan diambil sedangkan khemah tersebut sudah lama didirikan di kawasan berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply