Meghan Markle Pernah Nak Bunuh Diri, Dakwa Keluarga Diraja Britain Rasis?

Menerusi satu temubual eksklusif bersama Oprah Winfrey baru-baru ini, Meghan Markle yang juga isteri kepada Putera Harry mendedahkan dia pernah berniat membunuh diri selepas menyertai keluarga diraja Britain.

Meghan mendakwa wujud perkauman dalam sistem monarki itu. Dakwa Meghan lagi, wujud kebimbangan dalam keluarga diraja itu jika anaknya berkulit gelap serta enggan menjadikan anaknya, Archie sebagai putera.

Dakwa Meghan lagi, kejadian itu sudah berlaku ketika anaknya dalam kandungan lagi serta tidak tahu lagi jantina bayi tersebut.

“Mereka tidak mahu dia menjadi putera atau puteri, tidak mengetahui jantina apa dan dia tidak akan menerima manfaat keselamatan.

“Pada bulan-bulan ketika saya hamil, sekitar waktu yang sama, kami telah mengadakan perbincangan, ‘anda tidak akan diberi keamanan, tidak akan diberi gelaran’ dan wujud kebimbangan dan perbualan mengenai betapa gelapnya kulitnya mungkin semasa dia dilahirkan,” katanya.

Disebabkan itu juga, Meghan berkata Harry hanya berkongsi mengenai penampilan Archie serta hak kebebasannya menjelang kelahirannya pada 6 Mei 2019.

“Sepanjang saya hamil, kami bersama-sama membincangkan sama ada Archie tidak diberi kebebasan, tidak diberi gelaran selain bimbang dengan perbualan mengenai betapa gelapnya kulit ketika dia dilahirkan,” katanya.

Untuk rekod, Meghan yang berasal dari keluarga bapa berkulit putih, manakala ibunya berkulit hitam.

Selepas membuat keputusan berpindah ke Amerika Utara, bekas pelakon televisyen itu mula digambarkan akhbar Britain sebagai keras kepala, licik dan pasangan yang terburu-buru serta pentingkan diri apabila keluar dari kehidupan diraja.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: BH Online & Straits Times