Menangis Suami Mati Dibunuh, Rupanya Ada Plot Twist Demi Percintaan

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahu kekal sehingga ke akhir hayat. Namun tidak semua perkahwinan berkekalan apatah lagi jika ada yang ‘berselingkuh’.

Namun, kisah yang tular di Indonesia ini jelas menunjukkan kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pembunuhan kejam seorang lelaki berusia 44 tahun.

Lelaki tersebut maut ditikam semasa dalam perjalanan ke rumah bersama isterinya. video kejadian itu turut tular memaparkan seorang wanita menangis meminta bantuan orang ramai selepas dirompak dan suaminya telah ditikam.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati ia bukanlah kes rompakan tetapi jenayah terancang oleh isteri mangsa.

Menurut pihak polis, pembunuhan itu telah dirancang oleh si isteri dengan bantuan teman lelakinya warga Afghanistan. Mereka merancang pembunuhan tersebut untuk membolot harta mangsa yang meripakan seorang pemilik perniagaan emas.

Selepas muslihat si isteri yang berusia 25 tahun itu terbongkar, pihak polis terus ke rumah menahan wanita berkenaan ketika semua ahli keluarga ada di rumah yang masih bersedih dengan kematian mangsa.

Difahamkan, wanita berkenaan dan teman lelakinya merancang mahu membunuh mangsa dengan cara seolah dibunuh dalam satu rompakan dan telah mengupah empat lelaki melakukan rancangan tersebut.

Malah, ramai yang mengecam tindakan si isteri yang berpura-pura sedih di atas kematian suaminya yang hanya lakonan semata-mata.

SUMBER: The Vocket,