Menteri Koordinasi Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, mencadangkan orang kaya berkahwin dengan golongan berpendapatan rendah bagi pengurangan kadar kemiskinan di negara itu.
Katanya lagi, Indonesia yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia di mana Islam menganjurkan pencarian jodoh yang sepadan sering disalah tafsir.
“Apa akan berlaku jika orang miskin mencari orang miskin (untuk berkahwin)? Akan ada lebih ramai isi rumah miskin. Ini masalah di Indonesia.
“Bilangan isi rumah Indonesia ialah 57.1 juta, 9.4% atau 5 juta daripadanya dikategorikan sebagai miskin. Sekiranya ditambah dengan isi rumah hampir miskin, kira-kira 16.8% atau kira-kira 15 juta isi rumah,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar Menteri Hal Ehwal Agama untuk mengeluarkan fatwa memerintahkan golongan miskin dikehendaki mencari orang kaya untuk berkahwin dan juga sebaliknya
Namun, difahamkan di Indonesia untuk mengeluarkan sesuatu fatwa bukannya tanggungjawab menteri tersebut kerana fatwa selalunya dikeluarkan oleh organisasi Islam termasuklah Majlis Ulama Indonesia (MUI) selepas kajian komprehensif dilakukan oleh Suruhanjaya Fatwa atau pakar-pakar agama dan ulama.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂