Sebut sahaja kumpulan K-Pop terkenal, BTS pasti ramai yang tak keruan mendengarnya terutama mereka dikalangan Army. Kalau dah minat, apa sahaja barangan keluaran BTS pasti akan menjadi rebutan.
Sebut sahaja Jimin atau nama sebenarnya Park Ji-min, salah seorang ahli kumpulan BTS, sememangnya dia antara yang menjadi kegilaan ramai.
Memiliki rupa paras yang kacak, Jimin bukan sahaja diminati ramai gadis malah turut mempunyai peminat lelaki di serata dunia.
Malah, seorang influencer di United Kingdom bernama Oil London ini sanggup berbelanja lebih setengah juta sebanyak $150,000 (RM623,000) untuk menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan kacak seperti Jimin.
Menerusi satu temubual, Oil berkata dia mula mengubah suai rupanya untuk kelihatan seperti Jimin sejak 2018.
Oil mula dikenali elepas tampil menerusi pelbagai program televisyen termasuk di Amerika Syarikat dan mendedahkan sanggup menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Jimin.
“Saya tidak merancang untuk ‘menukar’ bangsa namun tetap menghormati budaya Korea. Ia adalah satu bentuk penghayatan budaya, bukan ambil guna budaya (cultural appropriation),” katanya.
Difahamkan, dalam tempoh enam tahun, Oil sudah menjalani 15 pembedahan untuk merealisasikan cita-citanya untuk kelihatan seperti Jimin.
SUMBER: Harian Metro