Nama Disebut-Sebut Oleh PM, Mak Cik Kiah Kini ‘Trending’

0
11822

Selesai pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, pasti ramai yang tersenyum lebar selepas mendengar pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat dalam tempoh PKP ini.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila Muhyiddin menggunakan nama Mak Cik Kiah sebagai contoh mengenai perbelanjaan yang bakal diterima oleh isi rumah serta memudahkan rakyat memahami ucapan beliau.

Susulan itu, nama Mak Cik Kiah kini trending di kalangan netizen sehinggakan ada yang bertanyakan siapa sebenarnya Mak Cik Kiah serta tertanya-tanya adakah Mak Cik Kiah tersebut wujud.

https://twitter.com/Masithahamirah/status/1243473118351376385

Tidak kurang juga ada netizen dengan secara seloroh mengatakan beruntungnya Mak Cik Kiah dan mahu berkawan dengan Mak Cik Kiah kerana menerima pelbagai bantuan daripada kerjaan.

https://twitter.com/syhrnajihah/status/1243450257280602112?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1243450257280602112&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fmak-cik-kiah-trending-selepas-nama-disebut-pm-dalam-ucapan%2F

https://twitter.com/umairafifah/status/1243454239327674368

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji ucapan Muhyiddin yang menggunakan contoh Mak Cik Kiah sekaligus membuat orang ramai lebih memahami setiap insentif bantuan yang diberikan.