Netizen Berang Kematian Abam Dijadikan ‘Modal’ Ejen Insurans Jual Produk

Semalam industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita mengenai pemergian pelawak popular Allahyarham Abam Bocey yang meninggal dunia akibat demam panas di kediamannya di Gombak.

Kesedihan pemergian Abam bukan saja dirasai oleh ahli keluarga dan rakan-rakan artis, malah ramai peminat dan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, ada individu tidak bertanggungjawab didakwa mengambil kesempatan mempromosikan insurans mereka menggunakan nama dan kisah pemergian arwah Abam.

Malah, mereka juga menggunakan kisah arwah Abam yang telah meninggalkan anak dan juga isteri secara tiba-tiba untuk memasarkan produk dan servis ditawarkan mereka.

Ejen-ejen ini juga dilihat seolah cuba untuk menakut-nakutkan netizen seandainya situasi sama terjadi pada mereka.

Perkara itu mendapat perhatian rakan baik kepada Abam iaitu Achey yang bertindak memuat naik kegiatan ejen-ejen insurans tersebut di Instagramnya.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan ejen insurans berkenaan sangat biadap dan seolah tidak menghormati keluarga arwah yang baru sahaja kehilangan insan tersayang.

Kata netizen lagi, bayangkan jika perkara ini berlaku pada mereka, pasti akan marah jika ada pihak yang bertindak mengambil kesempatan seperti ini.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply