Netizen Hati Busuk, Kecam Hanis Zalikha Hanya Sebab Kongsi Cara Jaga Anak

Jika anda mengikuti Instagram Hanis Zalikha, pelakon itu tidak lokek berkongsikan aktiviti harian mereka sekeluarga, malah ramai yang suka melihat telatah anak mereka Yusuf Iskandar dan Alisa Aisya yang cerdik dan pintar.

Malah, Hanis juga sering berkongsikan tips keibubapaan kepada pengikutnya. Bermacam petua dan nasihat dikongsikan dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang boleh di aplikasikan kepada anak-anak.

Baru-baru ini, Hanis ada memuat naik perkongsiakn anak keduanya, Alisa tidak lagi menggunakan botol susu dan sudah mula minum susu menggunakan cawan.

Hanis turut berkongsikan tips bagaimana untuk mengajar anaknya minum susu memakai cawan yang boleh dicuba oleh ibu bapa diluar sana.

Perkongsian Hanis itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen dimana ada yang memuji namun ada yang mengecam pelakon itu.

Kata netizen hanya disebabkan dirinya artis membuatkan tips dikongsikan itu menjadi popular sedangkan ianya perkara biasa sahaja di kalangan ibu bapa.

Malah, ada yang mengatakan pasti Hanis merasakan dialah ibu terbaik sehingga ada sahaja tips dikongsikan.

Kalau dah bergelar selebriti ada sahaja serba tak kena di mata netizen. Apa pun jika perkongsian itu baik dan boleh dijadikan ikutan apa salahnya, tapi jika tak suka tak perlu peduli apa yang dikongsikan olehnya.

SUMBER: Cari Forum