Netizen Indonesia Dinobatkan Sebagai Paling Biadap Di Asia Tenggara

0
22417

Nampaknya negara Indonesia sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila netizen negara itu dinobat sebagai paling biadap di Asia Tenggara oleh Microsoft.

Menerusi laporan tahunan oleh Microsoft, netizen Indonesia menududuki tangga terbawah dalam kajian Digital Civility Index (DCI) 2020.

Tidak hanya cakap kosong, ianya terbukti apabila netizen Indonesia menyerang Instagram Mirosoft di ruangan komen sehingga terpaksa menutup ruangan komen.

Malah, perkara itu juga diakui oleh segelintir rakyat negara itu sendiri bahawa netizen Indonesia sememangnya paling biadap di media sosial.

Sistem pemarkahan adalah dari skala sifar hingga 100, di mana lebih rendah skor adalah lebih baik.

Singapura mencatatkan skor terbaik di Asia Tenggara dan berada di kedudukan keempat global dalam indeks dengan 59 mata, diikuti Malaysia dengan 63 mata, Thailand dengan 69 mata, dan Vietnam dengan 72 mata ⁠.

Lima negara teratas di dunia dengan skor terbaik adalah Belanda, UK, AS, Singapura, dan Taiwan.

Sebelum ini, netizen Indonesia menjadi perhatian antarabangsa apabila menyerang pasangan gay di Thailand Mereka bukan sahaja menghina malah turut mengancam untuk membunuh pasangan gay tersebut.

Tidak hanya setakat ini, netizen Indonesia juga sebelum ini tular apabila menyerang akaun Instagram Badminton World Federation (BWF).

Ia berikutan pasukan Indonesia dipaksa mengundurkan diri dari pertandingan All England 2021 disebabkan salah seorang penumpang di dalam pesawat yang mereka naiki didapati positif COVID-19.

SUMBER: Coconut, The Vocket