Netizen ‘Lelong’ Roti Gardenia Sampai RM699?

0
10722

Semalam hangat diperkatakan apabila syarikat Roti Gardenia mengumumkan tidak dapat meningkatkan bekalan produknya dalam pasaran kerana kilangnya sudah mencapai tahap maksimum.

Susulan pengumuman itu, ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana sukar untuk mendapatkan bekalan roti tersebut di pasar raya dan kedai runcit sejak minggu lalu.

Susulan itu, ada dikalangan netizen membuat lelongan jenama roti tersebut di media sosial yang ternyata menghiburkan hati. Lebih lucu, ada yang menjual roti Gardenia pada harga RM699.

Memahami ianya hanyalah gurauan, ada beberapa netizen lain turut mejual roti gardenia mereka lebih murah berbanding harga daripada netizen sebelumnya dengan meletakkan harga RM299.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila dalam satu kenyataan semalam, syarikat pengeluar roti itu meminta agar orang ramai agar tidak panik kerana pengedaran produk ke pasar raya dan kedai lain masih berjalan seperti biasa.

Kata Gardenia lagi pihaknya akan terus menghasilkan dan memasarkan roti serta produk lain selama tujuh hari seminggu walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂