Netizen Pertikai Hotel Jadi Pusat Kuarantin Tapi Gelandangan Diberi Tilam Nipis

Disaat kes positif COVID-19 menular di negara kita, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak itu. Malah, kerajaan turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengkuarantin mereka yang baru pulang dari luar negara.

Namun baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila tular foto fasiliti kuarantin yang ditempatkan di sebuah tempat di Nilai, malah ada yang ditempatkan di hotel sekitar ibu kota.

Perkara itu sekaligus menimbulkan rasa kurang netizen yang membandingkan dengan apa yang dilakukan terhadap golongan gelandangan. Malah, ada yang mengatakan fasiliti yang disediakan untuk mereka yang dikuarantin terlalu berlebih-lebihan dan tidak adil.

https://twitter.com/anakmudanegara/status/1247316202365435905?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1247316202365435905&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fperbezaan-antara-dua-darjat-fasiliti-kuarantin-cetus-pertikaian-netizen%2F

Malah, satu perkongsian di Twitter menunjukkan ratusan gelandangan ditempatkan di dewan komuniti dan serba guna sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKP serta hanya diberikan tilam nipis sahaja.

https://twitter.com/zhukl/status/1247150444842897411?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1247150444842897411&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fperbezaan-antara-dua-darjat-fasiliti-kuarantin-cetus-pertikaian-netizen%2F

Dalam pada itu ada yang mengatakan golongan gelandangan juga perlu mendapat layanan yang sama dengan mereka yang baru pulang dari luar negara. Malah, ada yang mempersoalkan mengapa orang kaya sahaja sering mendapat layanan istimewa daripada orang miskin.

Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan layanan yang diberikan tidak adil kerana petugas hospital perlu berpanas serta bertaruh nyawa, adakalanya nak tidur dan makan pun tidak sempat tetapi mereka yang baru pulang dari luar negara di kuarantin di hotel.

Leave a Reply