Netizen Puji Usaha Pelumba LTdL Berbahasa Inggeris Dengan Loghat ‘Ganu’

0
12296

Diakui bukan mudah untuk bertutur dalam bahasa yang tidak selalu digunakan dalam kehidupan seharian antaranya Bahasa Inggeris lebih-lebih lagi majoriti daripada kita lebih senang berbahasa Malaysia.

Hari ini hangat diperkatakan mengenai pelumba basikal Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh apabila video sesi temu bualnya bersama wartawan dalam bahasa Iggeris mencuri tumpuan netizen.

https://twitter.com/NSyu_/status/1227939837744836608?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1227939837744836608&ref_url=https%3A%2F%2Famazingnara.com%2Fvideo-netizen-puji-usaha-pelumba-basikal-terengganu-cuba-berbahasa-inggeris-walaupun-ada-loghat-ganu%2F

Rata-rata netizen memuji keyakinan dan kelancaran pemuda itu bertutur dalam Bahasa Iggeris meskipun kedengaran loghat Terengganu. Malah netizen juga berpendapat tiada apa yang salah dengan caranya berbahasa Inggeris itu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengatakan apa yang ditunjukkan oleh Harrif itu boleh dijadikan inspirasi anak muda di luar sana untuk tidak malu bercakap dalam bahasa Inggeris tanpa mempedulikan tentang ‘slang’.

Untuk pengetahuan anda, Harrif Salleh sudah pun memenangi dua peringkat perlumbaan masing-masing di Peringkat 5 dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh dan juga Peringkat 7 dari Bagan ke Alor Setar.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂