#NotMyPM Trending Di Twitter Sejak Muhyiddin Dilantik PM Ke-8

0
19142

Kemelut politik Malaysia berakhir apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Dalam ucapan pertama sebagai Perdana Menteri selepas menerima keputusan Agong semalam, Muhyiddin berharap semua rakyat Malaysia menerima baik keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Istana.

Bagaimanapun, perlantikan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir netizen yang tidak bersetuju sehingga #NotMyPM trending di laman Twitter apabila ramaiyang meluahkan perasan masing-masing.

Malah, ramai yang meluahkan kegusaran seandainya ‘korupsi’ yang dilakukan oleh pemerintahan sebuah parti politik sebelum mereka tumbang pada PRU 14 terdahulu akan kembali berleluasa.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan ianya satu keputusan yang tidak adil dan bukanlah yang dikatakan demokrasi. Malah, netizen mengatakan mereka mengundi pada PRU 14 yang lalu untuk perubahan tetapi tidak sangka begini yang terjadi.

https://twitter.com/NerwinNair3/status/1233702624496513024?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1233702624496513024&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fnetizen-luah-perasaan-hashtag-notmypm-mula-kedengaran-sejak-muhyiddin-dilantik-pm-ke-8%2F

Bagaimanapun, ramai yang berpendapat tanda pagar #NotMyPM seolah tidak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Namun, seorang netizen menjelaskan tanda pagar itu adalah protes terhadap perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM dan bukannya menentang keputusan Yang di-Pertuan Agong.

https://twitter.com/SyedMuhdFadli/status/1233720687895793664?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1233720687895793664&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fnetizen-luah-perasaan-hashtag-notmypm-mula-kedengaran-sejak-muhyiddin-dilantik-pm-ke-8%2F

https://twitter.com/rejaie/status/1233920178754215936?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1233920178754215936&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fnetizen-luah-perasaan-hashtag-notmypm-mula-kedengaran-sejak-muhyiddin-dilantik-pm-ke-8%2F

Seperti apa yang dilihat di laman Twitter, ada yang tidak bersetuju dengan pelantikan Muhyiddin sebagai PM namun ada yang secara terbuka menerima keputusan tersebut.

Seperti diketahui, Tan Sri Muyhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara jam 9 pagi tadi.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂