‘Officemate’ Pulang Bercuti Di Itali Punca 5 Sekeluarga Korban COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan lima kematian wabak Covid-19 di Sarawak dipercayai berpunca daripada rakyat Malaysia yang baru balik melancong dari Itali.

Susulan itu ramai yang menjangkakan mungkin salah seorang daripada ahli keluarga merupakan individu yang baru pulang dari Itali. Bagaimanapun, difahamkan mereka semuanya hanyalah mangsa dan bukan pembawa virus berkenaan.

Salah seorang keluarga mangsa tersebut iaitu Sharifah Huzaimah War Al-Edruce menceritakan kronologi kluster sebenar yang berlaku di Kampung Patinggan, tempat dimana lima sekeluarga itu tinggal.

Kronologi bermula pada 18 Mac 2020 dimana Nek Usu Kayah yang merupakan makcik saudaranya telah meninggal dunia. Majlis pengebumian telah diadakan dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Manakala, anak perempuan dan lelaki kepada Nek Usu Kayah telah dibawa ke hospital kerana demam panas dan mengalami masalah penafasan.

Pada 20 Mac 2020 pula mendapati mereka berdua positif Covid-19 dan pada hari yang sama ujian saringan Nek Usu Kayah keluar dan didapati positif.

Sejak 27 Mac lalu, hampir 25 ahli keluarganya telah disahkan positif Covid-19. Malah bapanya yang juga positif, sudah berada dua hari di wad ICU dan memerlukan bantuan pernafasan kerana paru-paru sudah dijangkiti.

Dipercayai, anak perempuan kepada Nek Usu (kini sudah sihat) berkemungkinan mendapat virus ini daripada rakan sepejabatnya yang baru pulang melancong dari Itali enggan kuarantin dirumah dan terus masuk ke pejabat seperti biasa.

Ini foto ahli keluarga yang menjadi mangsa Covid-19 di Sarawak itu, difahamkan ahli keluarganya yang lain masih lagi berada di wad kuarantin.

 

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook Dzulkarnain Bin Zulkipli, meminta agar netizen tidak memberi tekanan kepada keluarga ini lagi dan cukuplah dengan ujian besar yang telah mereka lalui kerana mereka adalah mangsa.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan melaporkan seramai 37 orang dijangkiti dipercayai berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu yang baru pulang dari Itali.

Leave a Reply