Padah Ikut Trend ‘Mesej Kotak’, Staf Restoran Makanan Segera Dibuang Kerja?

Pasti ramai tahu sejak kebelakangan ini ramai yang mengikut trend menulis mesej di atas kotak yang telah dipopularkan oleh seorang pengguna Instagram di luar negara, @dudewithsign.

Apa yang pasti, cara menggunakan ‘mesej kotak’ itu ternyata mudah disampaikan dengan berkesan dan secara meluas. Bagaimanapun, ‘mesej kotak’ yang disampaikan oleh dua kakitangan makanan segera ini dikecam teruk oleh netizen.

Mesej yang disampaikan oleh mereka memberi teguran kepada pelanggan yang menaiki motosikal agar tidak menggunakan perkhidmatan pandu lalu atau drive thru.

Rata-rata netizen mengkritik mesej tersebut kerana itu adalah hak pelanggan untuk menaiki kenderaan apa sekalipun untuk menggunakan perkhidmatan pandu lalu. Malah ada yang menyifatkan ianya seolah menghina penunggang motosikal yang menggunakan pandu lalu.

Menurut sumber, kedua-dua kakitangan tersebut telah pun diberhentikan kerja serta merta susulan tindakan mereka itu yang dikatakan mengundang kemarahan pelanggan.

Bagaimanapun, menerusi satu penjelasan video kakitangan itu mengatakan mereka tidak bermaksud menghina pelanggan bermotosikal tetapi kerana pengimbas pandu lalu tidak dapat mengesan kedatangan motosikal.

Apa pun diharap selepas ini kakitangan atau sesiapa sahaja supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerana bimbang ianya beri kesan buruk di masa hadapan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply