Pak Guard Menyamar Jadi Doktor & Bedah Pesakit, Warga Emas Maut

Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun maut selepas dua minggu menjalani pembedahan di hospital awam di Lahore, Pakistan.

Lebih mengejutkan, kematian wanita itu berikutan selepas seorang bekas pengawal keselamatan di hospital, Muhammad Waheed Butt menyamar sebagai doktor dan melakukan pembedahan ke atas wanita berkenaan.

Difahamkan, pesakit mengalami pendarahan di rumah namun tidak dijelaskan apakah jenis pembedahan yang dilakukan oleh penyamar it di dewan bedah.

Tindakan itu terbongkar selepas pesakit merujuk semula kepada pihak hospital berikutan keadaannya semakin buruk.

Pihak polis memberitahu, itu bukan pertama kali lelaki berkenaan menyamar sebagai doktor. Lelaki tersebut pernah menyamar sebagai doktor dan melakukan lawatan ke atas pesakit lain.

Malah, lelaki itu dipecat dua tahun lalu kerana cuba memeras wang daripada pesakit hospital di Pakista. Pihak polis memaklumkan, lelaki tersebut telah didakwa dan berada dalam tahanan polis.

SUMBER: World of Buzz