Pakar Penerbangan Sanggup Bergadai Segalanya, Dakwa Tahu Lokasi Sebenar MH370 Terhempas

Kejadian kehilangan MH370 ternyata memberikan kesan kepada ramai pihak terutamanya ahli keluarga mansa yang terlibat. Kejadian yang berlaku Mac 2014 itu sehingga kini masih belum menemui sebarang jawapan.

BACA: Kereta Peronda Honda Civic Polis Dilarikan Pasangan Ini Dari Pulau Pinang Ke Shah Alam

Menurut laporan DailyMail, beberapa pakar percaya Boeing 777 terjunam ke Lautan Hindi, koordinat S34.2342 dan E93.7875 – dikatakan berada kira-kira 2.070 kilometer di luar pantai Perth di Australia Barat.

Menurut Jurutera Victor Ianello, terdapat kemungkinan bangkai pesawat berada dalam jarak 100 baru nautika dari koordinat tersebut.

Sementara itu, bagi Byron Bailey yang juga merupakan pakar penerbangan, dia mendakwa operasi pencarian sebelum ini sebenarnya dilakukan di kawasan yang salah selain menyatakan pasukan pencarian perlu fokuskan kawasan selatan Lautan Hindi.

“Jika jangkaan saya salah, pesawat itu mungkin dirampas oleh makhluk asing atau ditempatkan di hangar di suatu tempat di Kazakhstan. Saya sanggup pertaruhkan segalanya sebagai jaminan untuk maklumat itu kerana saya tahu di mana ia berada,” katanya penuh yakin dengan lokasi bangkai pesawat itu terhempas.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.