Pakar Virologi Dari China Bakal Dedah Bukti COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan

Sejak wabak COVID-19 menyerang dunia, seakan tidak pasti bilakah pandemik itu akan berakhir. Malah, semakin banyak kematian dicatatkan berpunca daripada wabak tersetbu yang kini hampir mencecah satu juta kematian.

Sejak awal lagi, wabak tersebut yang mula tersebar di China itu dikatakan berasal dari pasar basah seperti yang didakwa oleh kerajaan negara itu sendiri.

Bagaimanapun, baru-baru ini pakar virologi dari China, Dr Li-Meng Yun mendakwa wabak tersebut berasal dari makmal di Wuhan dan bakal mendedahkan bukti data saintifik mengenai dakwaannya itu.

Malah, dakwanya laporan virus itu berasal daripada pasar awam di Wuhan, China hanyalah sebagai satu penyelindungan bagi mengaburi mata orang ramai seolah wabak itu adalah semula jadi.

“Perkara utamanya ialah pasar daging di Wuhan itu adalah usaha untuk mengaburi mata orang ramai manakala dan virus ini bukan terhasil secara semulajadi,” ulasnya.

Difahamkan beliau sebelum ini pernah mendakwa perkara yang sama pada Disember tahun lalu, namun bekas penyelianya di sana mengarahkannya agar berdiam diri serta tidak membongkar perkara sulit itu.

Dr Li Meng Yan merupakan pakar dalam vidang virologi dan berkhidmat di Pusat Pengajian Kesihatan Awam Hong Kong. Institusi pengajian ini telah dipilih oleh pusat rangkaian WHO bagi tujuan penyakit berjangkit.

Terdahulu, beliau dilaporkan telah melarikan diri ke Amerika melalui Hong Kong pada April lalu.

SUMBER: New York Post