Dalam satu sidang media oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, tiada kematian akibat jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini dengan jumlah positif terendah setakat ini iaitu 16 kes baru direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini masih kekal 109 kes.
Menurut beliau lagi, daripada 16 kes yang dilaporkan 9 daripadanya adalah bukan warganegara Malaysia dan tiga daripadanya adalah kes import.
Terkini #covid19malaysia 12 Mei
Kes sembuh= 110
Jumlah sembuh= 5,223
Kes positif= 16
Jumlah positif= 6,742
Kes kematian= 0
Jumlah kematian=109Sebanyak 16 kes dirawat di ICU dan 3 daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan. pic.twitter.com/rRknDqdp4g
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 12, 2020
Sebanyak 16 kes dilaporkan hari ini merupakan yang terendah setakat ini sekaligus mencatatkan 6,742 kes keseluruhan dalam negara.
Malah, kes sembuh yang dicatatkan agak tinggi dimana 110 kes sembuh menjadikan jumlah pesakit sembuh dicatatkan adalah sebanyak 5,223.