PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula Esok

Berita baik buat semua pengguna jalan raya, bersempena dengan Hari Polis ke-213, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan sehingga 50 peratus bagi saman-saman tertentu.

Bermula daripada 25 hingga 29 Mac ini, anda boleh membuat pembayaran secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kempen itu bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman dengan cara lebih mudah.

Dalam masa sama ia berikutan penutupan kaunter saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac yang lalu.

Para pengguna yang mahu membayar saman boleh membuat pembayaran secara dalam talian melalui laman sesawang MyEG atau Rilek.

Difahamkan, diskaun ini ditawarkan sebagai langkah untuk meringankan beban ditanggung oleh masyarakat ketika ini yang kini berdepan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply