Pekerja Butik Didenda ‘Squat’ 300 Kali Jika Gagal Capai Sasaran Jualan

Sebuah butik di Singapura, Southaven dikatakan bertindak mendenda pekerjanya dengan melakukan 300 kali senaman squat jika berat badan naik atau gagal untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.

Seorang bekas pekerja mendakwa dia terpaksa melakukan 200 hingga 300 senaman squats setelah gagal memenuhi sasaran jualan dan dilarang untuk makan malam jika berat badan mereka naik.

Memetik laporan Shin Min Daily News, bukan itu sahaja butik tersebut turut mempunyai satu group chat diberi nama “Fat Club” dimana para pekerja dipaksa untuk melaporkan berat badan mereka setiap minggu.

Jika berat badan naik, mereka dipaksa untuk membayar denda atau bekerja di bahagian gudang supaya tidak dilihat oleh pelanggan.

Lebih mengejutkan, staf juga dipaksa untuk membayar denda sebanyak $1-$5 (RM3-RM15) jika mereka melakukan kesalahan atau melanggar peraturan ini:

– Terlupa tutup pen
– Tidak mengambil pakaian dari bilik persalinan pada waktunya
– Terlupa mematikan cerek elektrik / tidak mengisi semula
– Menyentuh mana-mana bahagian pintu bilik kecuali pemegang pintu
– Tidak daftar keluar juruwang

Malah, yang lain pula menyatakan bahawa mereka hanya diberikan rehat selama 20 minit dan ada yang mendakwa terpaksa bekerja selama 12 jam sehari dengan hanya empat hari cuti dalam sebulan.

Namun, jurucakap Southhaven menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa bahawa ‘senaman’ tersebut adalah idea daripada pekerja itu sendiri jika mereka gagal untuk mencapai sasaran.

SUMBER: World Of Buzz