Pekerja Malaysia Airlines Diminta Ambil Cuti 3 Bulan Tanpa Gaji Kerana COVID-19

Susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa kebanyakan negara sehingga terpaksa menyekat kemasukan pelancong, rata-rata syarikat penerbangan mendapat kurang permintaan sekaligus mengakibatkan kerugian.

Tidak ketinggalan, syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines Berhad (MAS) turut terjejas sehingga terpaksa meminta kakitangannya mengambil cuti tanpa gaji sukarela dalam usaha untuk menangani kesan kewangan wabak Covid-19.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Malaysia Airlines menawarkan kepada semua 13,000 kakitangannya cuti tanpa gaji selama 3 bulan atau cuti 5 hari tanpa gaji setiap bulan selama 3 bulan bermula 1 April depan.

Cuti sukarela itu juga turut ditawarkan kepada kakitangan Malaysia Aviation Group (MAG), termasuk MAB Kargo, MAB Engineering dan MASWings.

Dalam pada itu, langkah yang sama turut diambil oleh syarikat penerbangan utama dunia termasuk Singapore Airlines, Cathay Pacific dan British Airways.

Terdahulu, ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines Izham Ismail mengumumkan bahawa pengurusan kanan kumpulan itu bersetuju dikenakan potongan gaji 10% dan melepaskan elaun masing-masing bagi mengurangkan kos operasi.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply