Pelakon Benjy Ibrahim Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga Benjy Ibrahim di atas pemergian pelakon itu. Benjy yang juga merupakan anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada hari Ahad.

BACA: Wanita Hamil Dibelasah Suami Di Johor Masih Koma, Mungkin Lupa Ingatan

Menurut Astro Awani, beritra sedih tersebut disampaikan oleh ayah Benjy iaitu Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” kongsi ayah Benjy kepada portal berita tersebut dalam satu perbualan Whatsapp.

Menurut bapanya, dia dimaklumkan bahawa anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit asma dan urusan urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

Bagi peminat drama pasti akan teringat lakonan Benjy yang sangat meninggalkan kesan dalam drama Kerana Cintaku Saerah.

Apa pun, semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

Sumber: Astro Awani