Pelakon Filem Tamil Gayakan T-Shirt Kedah Buat Netizen Terhibur

0
27036

Baru-baru ini tular di laman Twitter apabila seorang netizen berkongsikan satu babak dimana baju t-shirt Kedah muncul di dalam sebuah filem Tamil. Perkongsian itu tertanya membuatkan netizen terhibur.

Meskipun ianya dianggap perkara kecil, namun menjadi kebanggaan buat anak jati negeri Kedah. Malah, ada yang mengatakan ia kena dengan tagline ‘Kedah serata-rata’.

https://twitter.com/Ha_iril/status/1308924373068328960?

Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya daripada mana pelakon berkenaan memperoleh baju tersebut dan ada yang membuat spekulasi mungkin daripada bundle atau pakaian terpakai.

https://twitter.com/shaffffiq/status/1308406040208252937?

Difahamkan, babak yang memaparkan pelakon memakai baju Kedah ini merupakan sebuah filem aksi diterbitkan pada tahun 2018. Vijay Chander adalah pengarah bagi filem berkenaan berjudul Sketch.