Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Dari Akaun 2 Mulai April

0
8399

Penularan wabak COVID-19 di Malaysia kini berada di tahap membimbangkan sekaligus meresahkan rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini lebih-lebih lagi bagaimana pun meneruskan kehidupan di hari mendatang.

Dalam satu media khas sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan perintah yang dilaksanakan.

Menurutnya, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 55 tahun kebawah dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 pada kadar maksimum RM500 sebulan dalam tempoh 12 bulan bermula 1 April 2020.

Muhyiddin berkata, kadar caruman KWSP pekerja juga akan dikurangkan sebanyak 4 peratus dan inisiatif itu dapat memberikan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menasihati rakyat agar wang tersebut digunakan untuk membeli barang keperluan harian dan berjimat cermat dalam waktu yang sukar ini.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂