Minggu lalu berlangsung penuh meriah majlis pernikahan dan dua majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan pelakon popular Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar. Apa yang pasti, ramai gembira pelakon itu akhirnya sudah pun menamatkan zaman bujang.
Satu demi satu kisah perkenalan mereka didedahkan, ramai yang cemburu dengan kisah perkenalan mereka yang singkat dan akhirnya sampai ke jinjang pelamin.
Kisah perkenalan pasangan itu mendapat perhatian seorang netizen ini Reen Anwar yang menyifatkan ‘best man win’ apabila Wan Emir berjaya menawan hati Mira Filzah setelah banyak kali mencuba.
Menurut wanita itu, kisah pasangan itu sebenarnya boleh dijadikan pengajaran buat lelaki supaya tidak takut untuk menyuarakan hasrat hati jika suka pada seseorang perempuan. Katanya lagi, untuk menangi hati wanita perlu ada ilmu kerana wanita mahu lihat kesungguhan seseorang lelaki.
Best Man Win…
Pengajaran untuk lelaki. Kalau dah suka kat sorang perempuan tu, jangan takut-takut nak ngorat. Nak ngorat pun kena ada ilmu. Bukan hanya pandai mengayat bagi pikatline. Itu boleh buat muntah meluat.
Perempuan ni nak tengok effort dan kesungguhan. Perempuan ni tak begitu pandang rupa kacak, badan sado, duit banyak. Apa guna badan gagah perkasa tapi pengecut?
Perempuan ni cepat cair kalau lelaki tu sungguh-sungguh tanpa putus asa pikat hati dia. Sentiasa tanya khabar, caring, sentiasa ada masa senang dan susah, sentiasa bagi moral support, sentiasa menyenangkan hati dia.
Dari dia tak suka pun boleh jadi suka bila lelaki tu tunjuk kesungguhan yang serius nak kat dia.
Kata Reen lagi, wanita juga ada ego mereka tetapi untuk menguji seseorang lelaki itu. Ujarnya lagi, jangan terkejut jika ramai wanita cantik di luar sana tetapi berkahwin dengan lelaki biasa kerana siapa yang bijak mengambil hati mereka yang akan dapat.
Kadang-kadang perempuan ni ada ego jugak. Suka tunjuk jual mahal. Sebab nak test lelaki tu betul-betul tak nak kan dia. Kalau lelaki tu bersungguh, mesti takkan cepat putus asa.
Sebab tu jangan heran kenapa perempuan cantik kahwin dengan lelaki yang biasa-biasa je rupanya. Yer la, best man win kan. Siapa bijak ambik hati dia la yang dapat.
Dalam bisnes pun camtu jugak. Siapa yang pandai rebut peluang dia la yang menang. Dah tak payah nangis balik pintu.
Banyak lagi perempuan lain yang cantik-cantik. Miri Pilji, Mira Palja, Miro Falzi, semua tu kosong lagi. Jodoh ni kena cari, bukan datang bergolek macam pocong.
SUMBER: Facebook Reen Anwar