Pengantin Perempuan Histeria Bila Bekas Kekasih Datang Majlis Kahwin

Soal jodoh, ajal maut hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tidak semestinya sudah lama bercinta akan berakhir ke jenjang pelamin. Seperti dalam satu video tular baru ini, kecoh apabila bekas kekasih hadir ke majlis perkahwinan pengantin perempuan.

Menerusi laporan dipetik daripada Regional Kompas, kejadian tersebut berlaku di Indonesia. Dalam video tersebut memapar pasangan pengantin berada di atas pelamin melayan tetamu yang hadir.

Namun, secara tiba-tiba pengantin perempuan meraung dan menangis teresak-esak selepas melihat kelibat seorang.

https://twitter.com/naimazharrr/status/1338058541580447744

Difahamkan, lelaki berpakaian kemeja berwarna hitam sambil menggalas beg itu merupakan bekas teman lelaki pengantin perempuan.

Menurut sumber, bekas teman lelakinya dikenali sebagai Dayat itu hadir ke majlis perkahwinan itu atas undangan kedua-dua pengantin.

Namun sebaik sahaja Dayat naik ke atas pelamin hanya untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu, Secara tiba-tiba pengantin perempuan meraung sehingga terpaksa meminta Dayat turun dari pelamin dengan segera.

“Saya datang ke sana atas jemputan, saya hargai, Saya datang juga bersama dengan keluarganya pengantin perempuan. Niat saya baik datang ke sana.

“Malah saya rela datang dari Lombok Barat sampai Lombok Timur, demi melihat kedua mempelai bahagia tersenyum manis keluar dari bibirnya dan saya juga ikut senang jika dia senang atau bahagia,” katanya.

SUMBER: Regional Kompas