Penganut Hindu Di India Percaya Minum Air Kencing Lembu Mampu Rawat COVID-19

Jika sebelum ini hangat diperkatakan mengenai lauk ikan singgang didakwa mampu merawat virus COVID-19, namun ini pula cara segelintir masyarakat di India untuk merawat virus membawa maut itu.

Sekumpulan penganut Hindu di India menganjurkan ritual minum air kencing lembu kerana percaya mampu menghalang (COVID-19). Selain mempercayai lembu ialah binatang suci, air kencingnya juga mempunyai kelebihan dalam perubatan.

Bagaimanapun, pakar kesihatan menegaskan bahawa air kencing lembu tidak mampu merawat penyakit serta tiada bukti kukuh dikatakan mampu mencegah COVID-19.

Difahamkan, acara ritual yang dianjurkan oleh kumpulan dikenali sebagai Akhil Bharat Hindu Mahasabha (Kesatuan Hindu India) itu dihadiri seramai 200, malah penganjur juga berharap majlis sama diadakan di tempat lain juga.

“Kami sudah minum air kencing lembu selama 21 tahun. Kami juga mandi dengan najis lembu. Kami tidak perlu makan ubat dari Barat,” kata Om Prakash, yang hadir acara berkenaan.

Dalam pada itu, pemimpin dari parti nasionalis Hindu yang juga Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menyokong penggunaan air kencing lembu sebagai ubat dan mengubati kanser.

Malah, pemimpin dari timur India, Assam turut menyokong bahawa air kencing dan tahi lembu boleh merawat COVID-19.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

2 Comments

Leave a Reply