Wabak misteri coronavirus yang menyerang negara China mencetuskan kebimbangan dunia apabila semakin banyak kes dicatatkan melibatkan negara-negara lain termasuk Malaysia dimana sehingga semalam mencatatkan 14 kes baru.
Melihatkan keadaan tersebut, semakin ramai lebih peka tentang tentang kebersihan diri serta memakai topeng muka apabila keluar dari rumah.
Dalam pada itu, anda dinasihatkan untuk membersihkan skrin telefon pintar anda dua kali sehari bagi mengelakkan penyebaran wabak tersebut.
Ini kerana menurut penyelidikan virus yang boleh membawa maut itu mampu bertahan di permukaan rata dalam jangka masa seminggu kecuali jika ia dibersihkan dengan betul.
Profesor William Keevil daripada Universiti of Southampton berkata, meskipun anda sudah mencuci tangan tetapi apabila anda mula menyentuh skrin telefon pintar anda dan kemudian menyentuh wajah ia berpotensi untuk mendapat jangkitan.
Mengikut kajian, setiap individu memegang telefon pintar mereka 2,600 kali sehari dan menggunakannya sebanyak 76 kali.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂