Jika anda pernah pergi ke Pulau Komodo, Indonesia pasti anda menerima nasihat sebegini. Percaya atau tidak, wanita yang sedang haid tidak digalakkan pergi ke kawasan pelancongan tersebut.
BACA: Makan Tapi Letak Semula Buah, Tindakan Wanita Ini Di Pasaraya Undang Kecaman
Menurut Pakar Zoologi Indonesia, Evy Ayu Arida, wanita yang sedang haid akan menarik perhatian komodo dan boleh mendatangkan bahaya.
“Jangan cuba-cuba… Niat untuk melihat komodo lebih dekat mungkin menjadi sebaliknya apabila anda diperhatikan oleh haiwan liar itu,” katanya.
Jelas Evy, komodo sebenarnya mampu mencium bau darah (termasuk darah haid) selain mampu menghidu kematian (bangkai) dalam radius 9.6 kilometer.
Bau darah sememangnya daya penarik utama haiwan ini dan jika terkena serangan komodo, gigitannya juga mampu mendatangkan bahaya.
Kajian dilakukan Kominfo pada 2009 menyebut, gigitan komodo boleh menyuntik racun pada mangsa menerusi kelenjar racun yang terdapat pada rahang bawah mulutnya.
Namun dalam masa yang sama, komodo bukanlah haiwan yang agresif.
Komodo lebih suka membuat perangkap untuk mendapatkan makanan dan ia tidak suka untuk mengejar mangsanya. Malah jika sudah berjaya mendapatkan habuan, ia akan membiarkannya terlebih dahulu menjadi bangkao sebelum menjamu selera.
“Jadi tidak hairan komodo tertarik pada aroma darah yang tidak segar termasuk darah haid,” kaongsinya lagi.
Sumber: mStar Online