PKP: Kerajaan Benarkan Kedai Gunting Rambut, Dobi Beroperasi

Seperti diketahui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 April ini. Ketika tempoh PKP fasa ketiga, kerajaan membenarkan  kedai gunting rambut, perkakas (hardware), elektrik dan dobi dibuka.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah tersebut adalah untuk menjamin kelangsungan ekonomi negara dalam masa sama mengelakkan kehilangan pekerjaan yang tinggi.

Azmin berkata, syarikat di dalam sektor yang disenaraikan boleh membuat permohonan kepada kementeriannya melalui atas talian www.miti.gov.my bermula 13 April ini. Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses.

Antara senarai sektor dibenarkan operasi:

– Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik serta kedai cermin mata dalam pemborongan dan peruncitan

– Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja)

– Perkhidmatan dobi (tidak termasuk dobi layan diri)

– Industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan)

– Industri mesin dan peralatan

– Industri aeroangkasa

– Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan

– Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan.

– Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar.

SUMBER FOTO: The Star

Leave a Reply