PKP Lanjut Sehingga Jun Jika Rakyat Masih Degil

0
9546

Meskipun sudah hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan namun masih ramai yang masih ingkar arahan oleh kerajaan itu. Malah, ada kemungkinan PKP akan diteruskan sehingga Jun depan jika ramai rakyat terus berdegil.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, sikap degil mereka itu sekaligus boleh menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 bertambah dan kemungkinan PKP diteruskan hingga melepasi Jun.

Tegas beliau lagi, PKP tidak akan dilonggarkan dan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan kerajaan itu.

Umum mengetahui, PKP fasa ketiga akan bermula esok sehingga 28 April dimana merupakan waktu kritikal dalam usaha negara memutuskan rangakaian wabak Covid-19.

Ketika ini PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara bagi menguatkuatkuasa PKP.