PKPB: Empat Sekeluarga Boleh Keluar Rumah Naik Satu Kenderaan

0
7519

Umum mengetahui, esok bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimana lebih banyak kelonggaran dibuat. Malah, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi.

Sejak minggu lalu, dua orang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan. Namun bersempena dengan PKPB, pihak kerajaan sedia membenarkan kenderaan persendirian memuatkan sehingga empat penumpang maksimum.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi. Bagaimanapun, dengan syarat semuanya mestilah daripada keluarga dan rumah yang sama.

Menurut Ismail Sabri lagi, isu penjarakan sosial tidak timbul dalam kalangan keluarga yang tinggal serumah, justeru tiada masalah mereka menaiki kenderaan persendirian bersama.

Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan pengumuman tersebut tidak tertakluk kepada individu yang membawa rakan dimana tindakan akan dikenakan pada sesiapa yang melanggar arahan.

SUMBER: BH Online